fb fb fb fb fb

EV: Lebih banyak program pendidikan diperlukan didik masyarakat

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 8 Oktober -Persatuan Kenderaan Pelepasan Karbon Sifar (ZEVA) sarankan lebih banyak program dan pameran berunsurkan pendidikan dianjur mengenai penggunaan kenderaan elektrik, EV kepada masyarakat.

Setiausaha Eksekutifnya Aishah Daniyal berkata, ini berikutan kesedaran mengenai pemilikannya masih rendah termasuk maklumat mengenai insentif dari kerajaan, cara penggunaan dan harga kenderaan.

"Kita lihat harga kenderaan EV sekarang agak mahal.

"Jadi dengan Forum sebegini, kita dapat beri gambaran pasaran automotif negara.

"Sebenarnya terdapat permintaan bagi EV. Insya-Allah akan ada model mampu milik yang bakal ada di pasaran negara satu hari nanti", katanya kepada RTM selepas Pameran Mobiliti Elektrik Antarabangsa (IEMS 2023) di ibu negara.


(Setiausaha Persatuan Kenderaan Pelepasan Karbon Sifar (ZEVA), Aishah Daniyal)

Media Baharu