KUALA LUMPUR, 21 Disember - Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan 5.25 sen seunit bagi dana utamanya Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.
Jumlah tersebut terdiri daripada pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus 1.00
sen seunit.
Agihan pendapatan ini akan memanfaatkan 10.8 juta pemegang unit ASB dengan jumlah keseluruhan RM9.3 bilion.
Urus niaga ASB di semua cawangan dan ejen ASNB termasuk semua platform digital dan perbankan internet akan ditangguhkan buat sementara waktu dari 22 hingga 25 Disember 2022.
Justeru, pemegang unit boleh melakukan semula urus niaga bermula 1 Januari 2024 menerusi platform digital dan perbankan internet.
Manakala di cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara bermula 2 Januari 2024.