fb fb fb fb fb

Dasar Peluang Kedua perlu dimanfaat sebaiknya - AKPK

Pengurus Besar, Bahagian Pendidikan dan Jangkauan AKPK, Nor Fazleen Zakaria

KUALA LUMPUR, 8 Ogos - Individu yang mendapat pelepasan daripada senarai muflis, perlu lebih proaktif dalam merancang kewangan dengan lebih bijak.

Pengurus Besar, Bahagian Pendidikan dan Jangkauan, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Nor Fazleen Zakaria berkata pelepasan yang diberikan kerajaan menerusi inisiatif Dasar Peluang Kedua perlu dimanfaat sebaiknya agar tidak kembali terjerumus dalam situasi sama.

Beliau berkata, AKPK sedia membantu individu atau syarikat yang mahu mendapatkan khidmat nasihat kewangan dan pendidikan kewangan secara bersemuka atau atas talian.

"Bagi individu yang telah diberikan peluang di bawah Dasar Peluang Kedua, mereka sekarang jadi normal balik dan sebenarnya boleh jadi produktif dan meningkatkan produktiviti negara.

"Katakan lah, seseorang itu bekerja membuat perniagaan dan boleh mendapatkan geran-geran untuk memacu perniagaan mereka dan secara tidak langsung boleh meningkatkan ekonomi negara," katanya.

Setakat April lalu, seramai 1.3 juta individu telah mendapat khidmat nasihat kewangan daripada AKPK di seluruh negara.

Manakala, di bawah program pengurusan hutang, lebih 450,000 telah diberi bantuan.

Bulan lalu, 142,510 individu serta syarikat mendapat pelepasan bankrap dicatatkan menerusi inisiatif Dasar Peluang Kedua dimana jumlah itu, melebihi sasaran awal sebanyak 130,000 individu.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN