fb fb fb fb fb

Dagangan Bursa Malaysia dijangka kekal berhati-hati

(FOTO FAIL)

KUALA LUMPUR, 3 Jun - Bursa Malaysia diunjur bergerak di bawah paras psikologi 1,400 minggu depan dengan minat risiko pelabur terus ditentukan oleh perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat dan China.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sendirian Berhad, Thong Pak Leng memaklumkan, dagangan dijangka kekal berhati-hati.

Ini kerana, pelabur masih bimbang dengan kemajuan pertumbuhan dua gergasi ekonomi itu walaupun pemulihan sederhana telah dilihat dalam ekuiti domestik pada akhir minggu, dipacu oleh kegiatan memburu saham murah.

(FOTO FAIL)

Selain itu, data ekonomi utama yang akan dipantau dengan teliti minggu depan ialah imbangan dagangan China dan Amerika Syarikat.

China akan mengeluarkan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) perkhidmatan May Caixin, manakala Amerika Syarikat akan mengumumkan pesanan kilang bagi bulan April dan indeks perrkhidmatan Institut Pengurusan Bekalan (ISM) untuk bulan Mei.

Sepanjang minggu ini, sentimen risiko domestik dan global hambar selepas aktiviti kilang China semakin lemah pada Mei, menunjukkan pemulihan ekonomi yang agak goyah disebabkan ketidakpastian yang dicetuskan oleh kemelut berkisar perjanjian had hutang Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat dan China adalah rakan dagangan terbesar kepada Malaysia.

Media Baharu