KUALA LUMPUR, 23 Mac- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil dengan kecenderungan untuk meningkat menjelang cuti Hari Raya, minggu depan.
Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata, indeks utama FBM KLCI diunjur antara 1,510 mata dan 1,515 mata manakala, paras rintangan utama pada 1,550 mata dengan paras sokongan pada 1,500 mata.
Cabaran luaran termasuk risiko tarif import Amerika Syarikat dan konflik Rusia-Ukraine diramal berkurangan secara berperingkat seterusnya, menstabilkan aliran keluar ekuiti asing.
Bagi minggu dagangan baru berakhir, FBM KLCI diniagakan berhati-hati berikutan kebimbangan pelabur dan agihan semula dana di pasaran global.
Ia dipengaruhi ketegangan perdagangan, dasar bank pusat dan situasi geopolitik.
Ketika ditutup Jumaat lalu, indeks utama merosot 6.70 mata kepada 1,505.45 mata daripada 1,512.15 mata minggu sebelumnya.