fb fb fb fb fb

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 381

Bursa Malaysia akhiri sesi dagangan pagi bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 3 Oktober- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi bercampur-campur berikutan kegiatan pengambilan untung sederhana membabitkan saham wajaran tinggi terpilih di tengah-tengah prestasi pasaran serantau yang juga bercampur-campur, kata seorang peniaga.

Pada waktu rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.80 mata kepada 1,420.56 daripada penutupan dagangan Isnin 1,418.76.

Indeks utama yang dibuka 0.18 mata rendah pada 1,418.58. bergerak antara 1,417.94 dan 1,424.11 sepanjang sesi dagangan pagi.

Bagaimanapun, pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter rugi mendahului kaunter untung 473 berbalas 298, manakala 448 kaunter tidak berubah, 1,076 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 1.86 bilion unit bernilai RM1.06 bilion.

Malacca Securities Sdn Bhd menjangkakan pasaran mungkin melantun semula berikutan aktiviti memburu saham murah terhadap saham teknologi.

“Sementara itu, memandangkan harga minyak mentah merosot semalaman, aktiviti pengambilan untung mungkin dilihat pada saham minyak dan gas,” katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah satu sen kepada RM8.76, Public Bank peroleh tiga sen untuk mencatatkan RM4.09, CIMB menokok lima sen menjadi RM5.45, Tenaga Nasional meraih enam sen kepada RM9.96 dan Petronas Chemicals mengembang dua sen kepada RM7.09.

Bagi saham aktif, KNM dan Ekovest masing-masing menambah satu sen kepada 15 sen dan 52.5 sen, Evergreen Max Cash meningkat tiga sen kepada 44.5 sen, Widad naik setengah sen kepada 51.5 sen manakala Bumi Armada susut 1.5 sen kepada 54.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas memperoleh 0.02 mata kepada 10,538.92 dan Indeks FBMT 100 meningkat 1.54 mata kepada 10,205.89.

Indeks FBM Emas Syariah susut 9.76 mata kepada 10,813.38, Indeks FBM ACE lemah 0.42 mata menjadi 5,145.69 manakala Indeks FBM 70 menguncup 47.12 mata kepada 14,085.13.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengukuh 58.59 mata kepada 15,934.70, Indeks Perkhidmatan Produk Perindustrian meraih 0.14 mata kepada 170.57 sementara Indeks Perladangan susut 9.0 mata untuk mencatatkan paras 6,844.14 dan Indeks Tenaga kerugian 18.38 mata kepada 870.20.- BERNAMA