fb fb fb fb fb

BNM pelawa pemilik bengkel kenderaan ke sesi taklimat umum 31 Julai ini

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 25 Julai- Bank Negara Malaysia; BNM mempelawa pemilik bengkel kenderaan ke sesi taklimat umum, berlangsung 31 Julai ini di Dewan Persidangan 1, Sasana Kijang.

Ia bagi membincangkan dan mengumpul maklum balas untuk penerbitan Kod Tatalaku Syarikat Insurans atau Pengendali Takaful (ITO) bersama Bengkel Pembaikan Kenderaan.

Menerusinya, piawaian minimum ditetapkan bagi menggalakkan kerjasama lebih berkesan antara kedua-dua pihak.

Seterusnya, meningkatkan keyakinan pengguna serta menyelesaikan sebarang pertikaian secara adil, bebas, telus dan tepat pada masanya.

Draf Kod akan diterbitkan selepas sesi taklimat umum, untuk memberi peluang kepada pihak berminat memberi maklum balas sebelum dimuktamadkan.

Maklumat lanjut, layari laman Facebook rasmi BNM.

 

2507 BZ BNM ITOFOTO BNM

2507 BZ BNM ITO2FOTO BNM

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE