fb fb fb fb fb

Bank Muamalat lancar Skim "Halal Portfolio Guarentee-i"

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 15 November- Bank Muamalat Malaysia Bhd melancarkan Skim "Halal Portfolio Guarentee-i" pertama dengan kerjasama Credit Guarentee Corporation Malaysia Bhd (CGC).

Kerjasama itu bagi menyediakan jaringan keselamatan kewangan yang kukuh kepada perusahaan kecil dan sederhana, PKS.

Menerusi kenyataan, institusi kewangan itu berkata, inisiatif itu akan menawarkan jaminan bagi kemudahan pembiayaan.

Pembiayaan ini yang diberikan kepada PKS yang terlibat dalam perniagaan berkaitan halal bagi memastikan mereka mempunyai akses dana yang mematuhi prinsip Islam.

Dengan dana sebanyak RM70 juta, inisiatif berkenaan diwujudkan secara strategik untuk menawarkan pembiayaan yang mudah diakses.

Inisiatif itu juga memudahkan perniagaan mendapatkan modal yang diperlukan dan pensijilan halal serta pemerolehan aset.

Syarat pembiayaan adalah fleksibel dengan tempoh maksimum sehingga tujuh tahun untuk PKS dan tiga tahun untuk PKS mikro.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE