fb fb fb fb fb

ASB: PNB umum agihan pendapatan 5.25 sen seunit

Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 21 Disember - Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan 5.25 sen seunit bagi dana utama, Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

Menurut PNB, jumlah pengagihan pendapatan RM9.3 bilion itu, bakal memanfaatkan 10.8 juta pemegang unit ASB.

"Angka itu, terdiri daripada agihan pendapatan 4.25 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit. Agihan pendapatan kompetitif ini, mengatasi penanda aras kadar deposit tetap 12 bulan Maybank dengan kadar purata 2.85 peratus sepanjang tahun ini," kata PNB menerusi kenyataan.

Bilangan akaun ASB meningkat lebih daripada 200,000 kepada 10.8 juta akaun pada 2023, menunjukkan keyakinan berterusan terhadap ASB sebagai instrumen simpanan dan pelaburan penting bagi golongan bumiputera dalam perancangan kewangan mereka.

Dalam kenyataan yang sama, Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata di sebalik keadaan pasaran yang sentiasa berubah-ubah, PNB telah secara konsisten memberikan pulangan yang kompetitif melalui dana harga tetap yang kesemuanya telah mengatasi penanda aras mereka selama ini.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN