fb fb fb fb fb

Artikel Forbes menunjukkan Malaysia dapat perhatian luar

Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid

KUALA LUMPUR, 13 Julai - Artikel yang dikeluarkan majalah Forbes mengenai Malaysia baru-baru ini menunjukkan inisiatif kerajaan dalam mereformasikan ekonomi telah mula mendapat perhatian luar.

Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpendapat, artikel itu secara tidak langsung menunjukkan ekonomi Malaysia sentiasa releven mengikut konteks perubahan antarabangsa.

"Inisiatif seperti rasionaliasi subsidi bahan api, undang-undang berkait rapat tentang kewangan dan tanggunjawab fiskal dan sebagainya merupakan satu tindakan pihak kerajaan untuk memastikan kedudukan kerajaan sentiasa berada dalam keadaan yang kukuh dan sentiasa berbelanja ke arah yang bertujuan untuk meningkatkan produktiviti negara dalam tempoh jangka sederhana dan panjang," kata Afzanizam, di sini.

Beliau turut menambah, walaupun rasionalisasi subsidi merupakan tindakan yang kurang popular namun ia tetap dijalankan bagi memastikan kerajaan mempunyai ruang fiskal dalam melaksanakan agenda pembangunan negara.

Pelaksanaan yang melibatkan kelestarian ekonomi negara termasuk Pelan Induk Perindustian Baharu (NIMP) 2030 dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) juga menunjukkan kerajaan cakna dalam mengharungi perubahan lanskap ekonomi global.

TETITIA YUSOFF