fb fb fb fb fb

AmBank kekalkan unjuran KDNK pada 4.5 peratus

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 6 April -AmBank Group Berhad mengekalkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini pada 4.5 peratus.

Ini berikutan penggunaan swasta dan eksport bersih yang lebih tinggi disasar tahun ini.

Melalui nota penyelidikan, institusi perbankan itu optimis pemulihan secara statistik memainkan peranan untuk menyumbang dalam pertumbuhan ekonomi.

Penggunaan swasta dijangka berkembang satu mata peratus, dari 4.7 peratus kepada 5.7 peratus.

Dalam pada itu, Ambank optimis Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) yang stabil pada tiga peratus sepanjang 2024.

Terdahulu, BNM menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang di antara empat peratus dan lima peratus pada 2024 daripada 3.7 peratus pada 2023.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD