fb fb fb fb fb

Aliran dana asing ke pasaran domestik meningkat RM1.2 bilion pada Ogos

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 3 Oktober- Aliran dana asing ke pasaran bon domestik kekal memberangsangkan Ogos lalu.

Ia meningkat kepada RM9 bilion daripada RM7.8 bilion bulan sebelumnya.

Menurut Maybank Investment Bank, kenaikan itu kemungkinan didorong minat pelabur terhadap pengukuhan ringgit.

Ia merupakan peningkatan kelima dalam tempoh enam bulan.

Sekali gus, menyaksikan keseluruhan pegangan asing mencecah RM288.1 bilion.

Manakala, aliran kemasukan dana bagi Januari hingga Ogos 2024, berjumlah RM17.7 bilion.

Antara saham yang menjadi tumpuan, kaunter berkaitan sektor tenaga dan perbankan.

Namun, belian bersih asing untuk ekuiti tempatan mencatat trend lebih perlahan bulan lepas, berjumlah RM510 juta.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE