fb fb fb fb fb

WHO gesa negara kaya salur dana perangi COVID-19

FOTO REUTERS

GENEVA, 10 Februari - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa negara-negara kaya segera menyalurkan dana bagi memerangi pandemik COVID-19.

Menurut Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus sebanyak AS$23.4 bilion diperlukan bagi menjayakan rancangan itu bagi tempoh Oktober 2021 hingga September 2022.

Namun, hanya AS$800 juta berjaya dikumpul setakat ini.

"Faktor penularan pantas varian Omicron menjadikan keperluannya lebih mendesak untuk memastikan ujian, rawatan dan vaksin diagih secara saksama.

"Sains memberikan kita alat untuk memerangi COVID-19 dan jika ia dikongsi secara global sebagai solidariti, kita boleh menamatkan COVID-19 sebagai kecemasan kesihatan global tahun ini," katanya.

Kira-kira 0.4% daripada 4.7 bilion kit ujian COVID-19 yang ditadbir secara global semasa pandemik telah diagih kepada negara berpendapatan rendah.

Manakala hanya 10% populasi di negara terbabit menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.-AFP

Media Baharu