fb fb fb fb fb

Wang kertas masih menjadi pilihan rakyat Switzerland

Foto Reuters

ZURICH, 23 Februari- Penggunaan wang kertas dan duit syiling masih menjadi pilihan utama penduduk di Switzerland.

Kenyataan itu adalah berdasarkan tinjauan bank pusat pada Jumaat tatkala aplikasi pembayaran mudah alih tumbuh dengan pantas, memacu revolusi teknologi pendigitalan global.

Kaedah tunai kekal sebagai kaedah pembayaran yang paling diterima secara meluas dalam urusan perniagaan, aktiviti jual beli dengan pelanggan seperti kedai dan restoran.

Hasil kajian mendapati kira-kira 92% syarikat yang menjalankan perniagaan bersemuka di Switzerland menerima wang tunai, manakala hanya 59% menerima pembayaran melalui aplikasi.

Dapatan daripada kaji selidik Bank Nasional Swiss berbeza dengan pengalaman negara-negara seperti Sweden, yang semakin beralih kepada pembayaran digital.

Namun, aplikasi mudah alih menjadi lebih popular, dengan tahap penerimaannya meningkat daripada 40% pada 2021 berbanding kad kredit dan debit di Switzerland.

"Bagi syarikat Switzerland yang berurusan dengan pelanggan dari jauh seperti dalam talian atau melalui e-mel atau telefon, pemindahan bank adalah cara paling popular untuk menerima pembayaran diikuti dengan invois, kemudian tunai," kata laporan itu.

Ketersediaan dan penerimaan wang fizikal telah menjadi topik politik di Switzerland, di mana wang kertas secara tradisinya popular, walaupun untuk pembelian besar seperti kereta.

Dua referendum mengenai topik penerimaan wang tunai di bawah tradisi demokrasi Switzerland sedang berlangsung dalam pelbagai peringkat selepas mengumpul hampir 200,000 tandatangan.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM