KIEV, 4 Mei- Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyambut baik usaha yang dilakukan untuk memindahkan orang awam dari kilang keluli Azovstal di Mariupol, Ukraine.
Operasi diselaraskan oleh PBB dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa.
Beliau juga berharap penyelarasan berterusan dengan Kiev dan Moscow akan membawa kepada lebih banyak usaha kemanusiaan dapat dijalankan bagi menyelamatkan orang awam dan bantuan dapat dihulurkan kepada mereka yang memerlukan.
Menurut tentera Rusia dan Ukraine lebih 100 orang awam telah dipindahkan dari bandar Mariupol, Ukraine.
(Syot layar REUTERS)
Dalam perkembangan lain, Guterres berkata jaminan keselamatan perlu dilakukan di bahagian Timur Laut Nigeria bagi memastikan rakyat dapat pulang ke kampung halaman dengan selamat dan bermaruah.
Perkara berkenaan disuarakan susulan negara itu berdepan ancaman kumpulan militan Daesh.
Guterres berkata demikian setelah mengadakan lawatan ke kem penduduk di Maiduguri.
Sementara itu di Nigeria pula, beliau merayu bantuan kemanusiaan dan ketenteraan apabila negara itu turut berdepan serangan Daesh.
Di Nigeria beliau bertemu pelarian yang datang dari Mali dan Burkina Faso.
Nigeria, Burkina Faso dan Mali berdepan militan Daesh yang tercetus di Utara Mali pada 2012 dan merebak ke negara jiran 3 tahun kemudian.
Ribuan orang maut dan lebih 2 juta penduduk menjadi pelarian.