PALESTIN, 3 November- Tentera Israel telah membunuh tujuh rakyat Palestin dalam serbuan di seluruh Tebing Barat, pada Jumaat.
Kementerian Kesihatan Palestin berkata tiga lelaki berusia antara 17 hingga 26 tahun terkorban di bandar utara Jenin.
Bandar tersebut kubu kuat kumpulan bersenjata Palestin dan kerap menjadi sasaran serangan tentera.
Menurut agensi berita Palestin WAFA, dua daripada mereka maut apabila serangan dron melanda sebuah rumah di kem pelarian bandar itu.
Serangan Israel sejak Oktober lalu menyebabkan lebih 9,200 orang terkorban di Gaza.
Penjajah Israel sering melakukan pencerobohan ke atas wilayah Palestin. - AFP
Artikel Berkaitan:
Wartawan Palestin terkorban dalam serangan Israel
Lebih 16,000 Orang Asli sertai solidariti kutuk penindasan Zionis terhadap Palestin
Konflik Gaza, lebih 9,000 orang terkorban