fb fb fb fb fb

Trump rancang hubungi Thailand, Kemboja selesai kemelut sempadan

Donald Trump pada perhimpunan di negeri Pennsylvania/ AFP

WASHINGTON, 10 Disember - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump merancang untuk membuat panggilan telefon ke atas Kemboja dan Thailand susulan pertembungan semula antara kedua-dua negara mengenai sempadan yang dipertikaikan.

Semasa berucap di hadapan penyokong pada perhimpunan di negeri Pennsylvania, timur laut AS, Trump menyenaraikan pelbagai konflik yang beliau terlibat secara diplomatik.

"Saya tidak mahu berbicara mengenai konflik Kemboja-Thailand, yang bermula hari ini. Esok, saya kena buat panggilan telefon, dan saya rasa mereka akan faham.

"Saya akan membuat panggilan telefon dan hentikan perang antara dua negara yang tercetus semula," kata Trump.

Trump sebelum ini turut menandatangani gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand pada Oktober semasa lawatannya ke Asia.

Pertikaian antara Thailand dan Kemboja berpunca daripada pertikaian sempada berusia lebih satu abad yang digariskan semasa pemerintahan kolonial Perancis di rantau itu, dengan kedua-dua pihak menuntut beberapa kuil sempadan.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI