BEIRUT, 23 November- Sekurang-kurangnya tiga serangan udara Israel menyasarkan pinggir selatan ibu negara Lubnan, Beirut, setakat tengah malam tadi, menurut agensi berita ANI.
"Pesawat tentera musuh telah menyasarkan pinggir selatan Beirut dengan melancarkan serangan berhampiran Ghobeiry.
"Serangan pertama berlaku sebelum tengah malam," lapor ANI.
Wartawan AFP di Beirut dan bahagian timur bandar itu mendengar sekurang-kurangnya tiga letupan, dengan salah satunya lebih kuat berbanding yang lain.
Sekurang-kurangnya dua kepulan asap dilihat di dua lokasi berasingan kawasan itu.
Kawasan berkenaan seringkali dibom oleh Israel.
Kementerian Kesihatan Lubnan melaporkan bahawa serangan udara di selatan Beirut semalam meranapkan sebuah bangunan 11 tingkat.
Serangan Israel di selatan negara itu juga membunuh lima orang petugas kesihatan.- AFP