fb fb fb fb fb

Tiga pokok Pine tumbang di pusingan kedua Masters

(Tiga batang pokok Pine tumbang akibat dilanda angin kencang/FOTO AFP)

AUGUSTA, Amerika Syarikat, 8 April - Pusingan kedua Kejohanan Masters terpaksa ditangguhkan akibat dilanda angin kencang sehingga menyebabkan tiga batang Pokok Pine tumbang berhampiran penonton di lubang 17 di Agusta National.

Akibat kejadian itu, permainan dihentikan dan penonton diarah keluar dari lapangan.

Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dalam insiden berkenaan.

Pemain-pemain turut beredar dari lapangan dengan 39 daripada mereka tidak sempat menamatkan pusingan kedua kejohanan Masters itu.

Kemudian permainan bersambung selepas 21 minit daripada kejadian itu tetapi dihentikan untuk kali kedua pada 4.22 petang.

Juara LIV Golf, Brooks Koepka mendahului pusingan kedua selepas mencatat pusingan lima bawah par 67 sebelum insiden pokok tumbang itu.

Pada minggu lalu, Koepka memenangi acara LIV Golf di Orlando sekali gus berharap dapat memenangi kejohanan itu dengan menewaskan Jelajah PGA.

Juara Terbuka Amerika Syarikat 2021, Jon Rahm di tangga kedua pada sembilan bawah par. - AFP

(Juara LIV Golf, Brooks Koepka mendahului pusingan kedua selepas mencatat pusingan lima bawah par 67 sebelum insiden pokok tumbang/FOTO AFP)

Media Baharu