fb fb fb fb fb

Tiga lagi pemuda Palestin terbunuh dalam operasi tentera Israel di Jenin

(Kelongsong peluru bertaburan di lokasi serangan tentera Israel
menyebabkan tiga pemuda Palestin terbunuh/AFP)

JENIN, 17 Jun- Tiga penduduk Palestin terbunuh manakala 10 lagi cedera dalam serbuan tentera Israel di Jenin, Tebing Barat, lokasi diduduki rejim dan paling banyak keganasan tercetus sejak beberapa tahun lalu.

Agensi berita Palestin Wafa menyebut, tiga lelaki Palestin itu dilaporkan terbunuh selepas tentera Israel melepaskan tembakan ke arah sebuah kenderaan dinaiki mereka.

"Pertempuran sengit" berlaku di kawasan tersebut, kemudian tentera Israel melepaskan tembakan ke arah rakyat Palestin, mencederakan 10 orang, lapor Wafa.

Jurugambar AFP berkata, kenderaan putih dengan kesan tembakan peluru (berlubang) berada di lokasi kejadian yang menyaksikan tentera Israel telah meningkatkan operasi sejak kebelakangan ini.

Jurugambar turut menyatakan bahawa dia melihat mayat tiga lelaki tersebut di bilik mayat Jenin. Mereka dikenali sebagai Yusef Salah, 23, Baraa Lahluh, 24, dan Laith Abu Srur, 24, ke semua mereka berasal dari Jenin.


(Baraa Lahlouh, 24, antara tiga mangsa yang terbunuh ketika
operasi tentera Israel di Jenin pada 17 Jun 2022/AFP)

Pihak berkuasa Israel dalam kenyataan memberi alasan, tenteranya sedang menjalankan operasi mencari senjata di dua lokasi berasingan sekitar Jenin.

Israel mendakwa mereka diserang ketika tiba di lokasi pertama dan semasa perjalanan ke lokasi ke dua, mereka mengenal pasti kenderaan mencurigakan ditepi jalan dan melepaskan tembakan.

Sejak kebelakangan ini, tentera Israel telah meningkatkan serbuan dalam dan sekitar kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki mereka, juga kubu kuat pejuang bersenjata Palestin. -AFP

Berita berkaitan
Puluhan cedera dalam keganasan polis Israel di upacara pengebumian warga Palestin
Israel tembak mati remaja Palestin
Israel musnahkan rumah penduduk Palestin, cetus pertelingkahan baharu
Malaysia terus kecam kekejaman zionis Israel terhadap Palestin

Media Baharu