fb fb fb fb fb

Thailand buka klinik 'long COVID', bantu pesakit jalani rawatan

(FOTO HIASAN)

BANGKOK, 7 Mei - Thailand akan membuka klinik 'long COVID' bermula minggu hadapan bagi menyokong dan menyediakan rawatan bagi pesakit yang mengalami kesan jangka panjang COVID-19.

Setiausaha Tetap Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA), Khachit Chatchavanich berkata sembilan klinik 'long COVID' akan dibuka di hospitalnya, mulai Isnin ini.

"Pesakit yang pulih sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19 selama lebih sebulan dan mengalami keadaan selepas COVID-19 serta gejala berlarutan akan menerima rawatan di klinik ini dengan perkhidmatan memfokuskan kepada pemantauan simptom mereka," katanya menerusi kenyataan.

Sembilan klinik itu akan dibuka seminggu sekali di setiap hospital pada hari dan slot masa berbeza, selain bakal dikendalikan pengamal am, jururawat dan pakar terapi.

(GAMBAR FAIL)

Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kebanyakan pesakit COVID-19 pulih sepenuhnya. Namun, bukti menunjukkan kira-kira 10 hingga 20 peratus pesakit mengalami pelbagai kesan jangka pertengahan dan panjang selepas pulih.

Kesan jangka pertengahan dan panjang itu secara kolektif dikenali sebagai keadaan selepas COVID-19 atau 'long COVID' dan gejalanya bertahan selama empat minggu atau lebih selepas jangkitan awal.

Sesetengah orang mengalami pelbagai kesan termasuk keletihan, sesak nafas dan kabut otak manakala sebahagian lagi mungkin mengalami kesan psikologi sebagai sebahagian daripada keadaan selepas COVID-19.–BERNAMA

Media Baharu