fb fb fb fb fb

Tentera Thailand dakwa Kemboja serang hospital di wilayah Surin

Keadaan Hospital Phanom Dong Rak di wilayah Surin/ REUTERS

PHANOM DONG RAK, 10 Disember - Tentera Thailand pada Rabu (10 Disember) mendakwan pasukan Kemboja melepaskan tembakan roket yang dipercayai jatuh di kawasan hospital serta persekitarannya di daerah sempadan Phanom Dong Rak yang terletak di wilayah Surin.

Beberapa gambar yang dikeluarkan Tentera Diraja Thailand Wilayah 2 pada Rabu menunjukkan kakitangan perubatan berkumpul di sebuah wad yang dikatakan berada di Hospital Phanom Dong Rak.

Pihak tentera memaklumkan bahawa mereka telah memindahkan petugas perubatan serta pesakit kritikal ke tempat perlindungan.

Pertempuran terbaharu antara dua negara jiran Asia Tenggara itu tercetus pada Isnin (8 Disember), dengan kedua-dua pihak saling menuduh antara satu sama lain mengebom kawasan awam.

Penasihat kanan kepada Perdana Menteri Kemboja Hun Manet pada Selasa (9 Disember) memaklumkan bahawa negara itu bersedia untuk berbincang pada bila-bila masa.

Namun Menteri Luar Thailand Sihasak Phuangketkeow dalam satu temu bual berkata beliau tidak melihat sebarang potensi untuk rundingan, sebaliknya memaklumkan keadaan ketika ini tidak sesuai bagi pengantaraan pihak ketiga.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI