(1,347 kilo bahan yang dipercayai kokain dirampas Tentera Laut Mexico/Syot layar REUTERS)
MEXICO, 17 Jun - Tentera Laut Mexico merampas 1,347 kilo bahan yang dipercayai kokain daripada dua bot di negeri Oaxaca.
Rampasan itu berlaku beberapa hari lalu, apabila Tentera Laut ternampak dua bot yang mencurigakan di tepi pantai Huatulco, di Oaxaca.
Menyedari Tentera Laut mengekori mereka, kelihatan sebuah helikopter membuat penerbangan ke tasik Chacahua dan melakukan pemindahan bahan tersebut ke sebuah van.
(Sebuah van sarat dengan 36 pek bahan dipercayai kokain ditemui Oaxaca, Mexico/Syot layar REUTERS)
Apabila sebuah helikopter Tentera Laut memintas van tersebut, penyeludup telah melarikan diri dan meninggalkan van yang sarat dengan 36 pek bahan dipercayai kokain.
Kes kini disiasat pejabat Pendakwa Raya.
Sepanjang 2022, 14 tan (30,864 paun) kokain telah dirampas di pantai Mexico. - REUTERS