fb fb fb fb fb

Tentera Israel 'makan umpan' Hamas terbunuh, jadi tawanan

Antara peralatan tentera musuh yang dirampas pejuang Hamas/Reuters

GAZA, 26 Mei- Sayap bersenjata Hamas menyatakan ia telah menawan sekurang-kurang seorang tentera Israel dalam serangan hendap di kem Jabalia dekat sini, semalam.

Jurucakap bagi Briged Ezzedine al-Qassam, Abu Obeida mengesahkan perkara itu menerusi rakaman video di plaftorm Telegram.

"Semua tentera mereka (Israel) terbunuh, cedera atau ditawan," katanya tanpa berkongsi jumlah musuh yang berjaya dihapuskan.

Abu Obeida berkata, pejuang berjaya memancing dan memerangkap pasukan zionis ke dalam sebuah terowong di kem Jabalia sebelum melancarkan serangan jarak dekat.

"Dengan rahmat dan kekuatan Allah, mereka mampu bertempur dengan pasukan ini dalam jarak dekat," tambah beliau sambil mengesahkan peralatan tentera musuh juga dirampas.

2605 BD HAMAS TAWAN TENTERA
Hamas turut menerbitkan satu rakaman memaparkan seorang tawanan yang diseret di atas tanah/Reuters

Menerusi video itu, Abu Obeida turut berkata, Israel telah mengorbankan tentera mereka sendiri demi kepentingan peribadi Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

"Israel mengorbankan tentera untuk rancangan peribadi Netanyahu serta kepentingan pemerintahan fasisnya yang ekstremis. Tentera musuh mengambil jenazah sebagai pencapaian ketenteraan dan moral.

"Beribu-ribu tentera dikerah ke lorong-lorong Jabalia dan tempat-tempat lain mencari mayat yang sengaja dibom mereka sebelum ini," katanya. -AFP/Reuters

2605 BD HAMAS TAWAN TENTERA 3
Abu Obeida mengeluarkan kenyataan menerusi satu video di platform Telegram

SITI AISHAH MD ISA