fb fb fb fb fb

Tempoh kuarantin COVID-19 hanya lima hari di Jerman

BERLIN, 5 Mei - Tempoh kuarantin untuk individu dijangkiti COVID-19 di Jerman disingkatkan kepada lima hari, kata Menteri Kesihatan Kalr Lauterbach pada Selasa.

Isolasi kendiri juga hanya wajib dilakukan bagi mereka yang positif jangkitan.

Menurut Menteri Kesihatan, Karl Lauterbach tempoh itu disingkatkan dua hari berbanding tujuh hari sebelum ini.

Beliau berkata kuarantin wajib hanya terpakai kepada mereka yang dijangkiti, dan tidak termasuk kontak rapat


(Menteri Kesihatan, Karl Lauterbach, memegang pelitup muka ketika menghadiri mesyuarat Kabinet khas
di rumah rehat kerajaan Schloss Meseberg di Meseberg, Gransee, Jerman/FOTO AFP)


Kes COVID-19 di Jerman pada Selasa terus menunjukkan trend penurunan iaitu 632.2 jangkitan bagi setiap 100, 000 penduduk.

Manakala jumlah jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam turun kepada 113, 522 kes.

Media Baharu