fb fb fb fb fb

Tanah runtuh: Lebih 670 penduduk mungkin terkorban - PBB

FOTO MOHAMUD OMER/INTERNATIONAL ORGANIZATION FOR MIGRATION/AFP

PORT MORESBY, 26 Mei- Lebih 670 orang dipercayai maut dalam kejadian tanah runtuh di Papua New Guinea baru-baru ini, menurut Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Kampung yang terletak di lereng bukit di wilayah Enga yang dahulunya sibuk hampir musnah sepenuhnya apabila bencana melanda awal pagi Jumaat, menimbus banyak rumah ketika penghuninya sedang tidur.

"Terdapat anggaran lebih 150 rumah tertimbus," kata Serhan Aktoprak, wakil agensi migrasi PBB, sambil menambah "lebih 670 orang diandaikan mati".

Usaha menyelamat juga berdepan kesukaran susulan keadaan muka bumi yang mencabar, kemusnahan jalan raya dan ancaman puak berhampiran kawasan bencana.

"Keadaan teruk dengan tanah masih menggelongsor, air mengalir. Ini mewujudkan risiko besar untuk semua. (Sementara itu) pihak tentera juga menyediakan pengiring keselamatan untuk membantu konvoi bantuan," tambah Aktoprak.

Setelah lebih dua hari tanah runtuh melanda Gunung Mungalo, penduduk masih meredah lumpur untuk mencari kenalan dan keluarga yang hilang menggunakan penyodok, kapak dan peralatan lain. -AFP

ARTIKEL BERKAITAN
Tanah runtuh Papua New Guinea, misi mencari dan menyelamat mula dilakukan

SITI AISHAH MD ISA