fb fb fb fb fb

Tanah runtuh di lombong emas di Indonesia ragut 15 nyawa

Sebuah lombong haram runtuh di Buranga, wilayah Sulawesi Tengah di ambil pada 25 Februari 2021/Foto AFP

JAKARTA, 27 September - Sekurang-kurangnya 15 orang terkorban, manakala 25 lagi hilang dalam kejadian tanah runtuh di sebuah lombong emas secara haram di wilayah Sumatera Barat.

Jurucakap agensi bencana wilayah, Ilham Wahab berkata kejadian berlaku di kawasan terpencil di wilayah Sumatera Barat pada petang semalam selepas hujan lebat berterusan melanda kawasan itu.

"Kejadian tanah runtuh di lombong emas malam tadi telah menyebabkan beberapa orang tertimbus. Operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dijalankan," tambahnya.

Dalam kejadian itu, tiga orang mengalami kecederaan dan operasi pencarian mangsa sedang dipertingkatkan.

Namun, lokasi kejadian yang terpencil dan keadaan kawasan yang sukar dilalui telah menyulitkan usaha pasukan penyelamat, termasuk polis, tentera, dan penduduk.

Mereka terpaksa berjalan berjam-jam dari kampung terdekat untuk sampai ke lokasi kejadian.

Lombong-lombong haram atau tidak berlesen sering dijumpai di Indonesia, negara yang kaya dengan sumber mineral.

Namun, aktiviti di lombong tersebut telah dihentikan sementara waktu untuk memudahkan usaha mencari mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh.

Indonesia sering mengalami tanah runtuh ketika musim hujan antara November dan April.

Sebelum ini, pada bulan Julai, sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh akibat tanah runtuh di sebuah lombong emas haram di Pulau Sulawesi. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN