fb fb fb fb fb

Skandal minyak masak di China cetuskan kebimbangan keselamatan makanan

Foto Hiasan / Reuters

BEIJING, 11 Julai – Pendedahan bahawa minyak masak telah diangkut dalam kontena yang digunakan untuk membawa bahan api telah mencetuskan kemarahan di China, skandal terbaharu di negara itu dimana kebimbangan mengenai keselamatan makanan.

Media tempatan, Beijing News yang disokong kerajaan minggu lalu menerbitkan satu penyiasatan mengenai apa yang dipanggil "rahsia terbuka" dalam industri pengangkutan.

Pendedahan itu mendapati beberapa lori tangki telah mengangkut minyak masak selepas memunggah minyak arang batu, tanpa melalui proses pembersihan.

Pemandu lori memaklumkan bahawa amalan itu membantu mengurangkan kos dalam menghadapi persaingan yang semakin meningkat.

Media tempatan itu juga memetik pakar sains makanan, Zhu Yi berkata bahawa penggunaan jangka panjang minyak arang batu, yang terdiri daripada hidrokarbon, boleh menyebabkan keracunan.

Pihak berkuasa telah berikrar untuk bertindak tegas, dengan kerajaan pusat mengumumkan akan menjalankan siasatan mengenai perkara tersebut.

Beijing dalam beberapa tahun kebelakangan ini berjanji untuk mengetatkan peraturan keselamatan makanan dan mengukuhkan kepercayaan orang ramai.

Masyarakat China tidak asing dengan skandal mengenai keselamatan makanan.

Susu yang dicampur dengan bahan kimia melamin telah membunuh enam bayi dan meracuni ratusan ribu kanak-kanak pada tahun 2008.

Pengguna di media sosial rata-ratanya meluahkan kemarahan terhadap skandal pencemaran terbaharu itu.

"Selepas membaca isu-isu yang telah didedahkan ini, saya tidak terkejut langsung!" kata seorang pengguna di platform media sosial X Weibo.

“Daripada melamin hingga meminum minyak tanah, apa yang belum kita alami?”

Seorang lagi pengguna berkata mereka mengharapkan siasatan "cepat" dan "penjelasan jelas" daripada pihak berkuasa.

“Jika tidak, saya tidak tahu minyak apa yang hendak dibeli,” tulis mereka.-AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN