fb fb fb fb fb

Serangan udara Israel di Palmyra, korbankan 36 orang

Foto AFP

DAMSYIK, 21 November - 36 orang terbunuh dan lebih 50 lagi cedera dalam serangan udara Israel di bandar Palmyra.

Kementerian Pertahanan Syria menerusi kenyataan memberitahu, serangan menyasarkan beberapa bangunan yang mengakibatkan kerosakan.

"Serangan dilancarkan dari arah kawasan Al-Tanf, merosakan beberapa bangunan, membunuh 36 orang dan mencederakan 50 yang lain." jelas kenyataan tersebut.

Sementara itu, Kementerian Luar Syria mengecam serangan yang disifatkan sebagai jenayah berterusan Israel terhadap negara-negara di rantau Asia Barat serta menggesa masyarakat antarabangsa untuk bertindak ke atas kebiadapan regim Zionis.- AFP

Trainee2