GAZA, 25 Disember- Serangan udara Israel mengorbankan sekurang-kurangnya 78 penduduk di Gaza, kata pegawai kesihatan Palestin.
Penduduk dan media Palestin berkata Israel meningkatkan serangan udara dan darat terhadap al-Bureij di tengah Gaza.
Pope Francis kesal mesej keamanan tidak diendahkan oleh "logik perang sia-sia".
Sekurang-kurangnya 70 individu terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan Maghazi di tengah Gaza. Menurut jurucakap kementerian kesihatan Ashraf Al-Qidra ramai wanita dan kanak-kanak terbunuh dalan serangan itu.
Hamas menafikan tuduhan Israel berkenaan tenteranya beroperasi di kawasan padat penduduk dan menggunakan orang awam sebagai perisai keselamatan.
Bulan Sabit Merah Palestin menyiarkan rakaman penduduk yang cedera dibawa ke hospital. Pesawat perang Israel mengebom jalan utama dan menghalang laluan bantuan kecemasan seperti Bulan Sabit Merah Palestin.
Pakar perubatan berkata serangan udara Israel di Khan Younis di selatan Gaza membunuh lapan rakyat Palestin.
Orang Kristian Palestin menyambut perayaan Krismas diterangi cahaya lilin di Bethlehem dengan lagu-lagu pujian untuk keamanan di Gaza.- REUTERS