fb fb fb fb fb

Serangan Israel ke atas Rafah, 35 rakyat Palestin maut

FOTO REUTERS

KAHERAH, 27 Mei - Sekurang-kurangnya 35 rakyat Palestin terkorban dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam serangan udara Israel udara ke atas Rafah, kata pegawai perkhidmatan kecemasan awam dan kesihatan Palestin.

Israel menyasarkan Rafah dengan 'peluru yang tepat dan berdasarkan perisikan yang tepat.'

Jurucakap kementerian kesihatan di Gaza Ashraf Al-Qidra, berkata 35 orang terbunuh dan berpuluh-puluh yang lain cedera dalam serangan itu, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Serangan itu berlaku di Tel Al-Sultan di barat Rafah, lokasi beribu-ribu rakyat Palestin berlindung selepas
melarikan diri dari kawasan timur bandar itu.

Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah berkata hospital di Rafah menerima kemasukan mangsa, dan hospital lain juga menerima sejumlah besar pesakit.

Pegawai kanan Hamas Sami Abu Zuhri menyifatkan serangan di Rafah sebagai 'pembunuhan beramai-ramai' selain menjadikan Amerika Syarikat (AS) bertanggungjawab membantu Israel dengan senjata dan wang.

“Serangan udara memusnahkan khemah", kata salah seorang penduduk yang tiba di hospital Kuwait di Rafah. - REUTERS

TETITIA YUSOFF