GENEVA, 29 Mei - Hospital Rafah mungkin berhenti berfungsi dan mengjangkakan lebih banyak kematian jika Israel terus melancarkan serangan secara besar-besaran ke atas bandar Rafah di Selatan Gaza, kata pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (wHO).
"Jika serangan itu diteruskan, kami akan kehilangan hospital terakhir di Rafah," kata Richard Peeperkorn, wakil WHO untuk Gaza dan Tebing Barat.
Menurut beliau, jika berlaku serangan besar-besaran maka hospital tidak akan dapat menampung sekiranya melibatkan kematian dan korban jiwa yang besar.
Serangan Israel ke atas Rafah selama tiga minggu membangkitkan kemarahan seluruh dunia selepas serangan udara pada Ahad lalu.
Serangan tanpa henti rejim zionis Israel juga menyebabkan kebakaran di kem pelarian di daerah barat bandar itu yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 45 orang.
Pada Selasa lalu, 21 rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh yang lain cedera dalam serangan kereta kebal Israel di kawasan dengan kem pelarian yang menempatkan penduduk Palestin yang dipindahkan di barat Rafah.
Pegawai Perubatan Palestin, Peeperkorn berkata, daripada tiga hospital di Rafah, cuma tinggal satu sahaja hospital yang masih berfungsi.
Katanya, Hospital El-Najar sebelum ini merawat 700 pesakit dialisis tidak lagi beroperaso.
Rafah satu-satunya pintu masuk utama untuk menghantar bekalan bantuan kemanusiaan sebelum tentera Israel melancarkan serangan di sempadan Gaza pada awal bulan ini selain merampas kawalan lintasan dari Palestin. - REUTERS