NIGER, 23 Mei- Dua askar dan seorang orang awam terbunuh dalam serangan terbaharu di Niger.
Menurut Kementerian Pertahanan, serangan tersebut berlaku di perkampungan Tabala, kira-kira 100 kilometer dari timur ibu negara Niamey.
"Tiga penyerang terbunuh dalam pertempuran itu.
"Kementerian Pertahanan masih memburu saki-baki penyerang," menurut kenyataan tersebut.
Media tempatan melaporkannya sebagai serangan kedua pada minggu ini di Tillaberi.
Terdahulu, sekumpulan penyamun bersenjata telah membunuh kira-kira 20 orang di sebuah kampung di Tillaberi. - AFP