DHAKA, 29 April- India dan Pakistan, Bangladesh menjadi negara Asia Selatan terbaharu dilanda fenomena gelombang haba minggu ini.
Dengan suhu melebihi 40 darjah Celcius, Agensi meteorologi Bangladesh meramalkan cuaca panas akan berlanjutan di wilayah utara dan barat daya negara itu selama beberapa hari lagi.
Fenomena yang tidak pernah berlaku itu mengakibatkan jutaan pekerja kolar biru termasuk buruh binaan dan ladang terdedah kepada ancaman cuaca itu.
Pakar kesihatan di Bangladesh memberi amaran kepada buruh agar tidak bekerja di luar tanpa menutup kepala dan menggesa kerajaan meningkatkan akses air minuman.
Keadaan itu juga memberi cabaran besar bagi buat umat Islam yang sedang berpuasa di bulan Ramadan.
(Gambar fail /AFP)
Sementara itu di India dan Pakistan, gelombang habab mengakibatkan jutaan penduduk mengalami kekurangan bekalan elektrik dan air,
Fenomena itu dijangka berlanjutan sehingga hujan monsun tahunan tiba pada Jun dan Julai.
Untuk rekod, gelombang haba sudah membunuh lebih 6 RIBU 500 orang di India sejak 2010. -AFP