fb fb fb fb fb

Rusia lancar serangan ke atas Ukraine selepas dron ditembak jatuh

Serangan Rusia ke atas wilayah Kharkiv dan Dnipro di Ukraine serta bandar pelabuhan Laut Hitam Odesa membunuh sekurang-kurangnya dua orang awam, menyebabkan sebuah kilang makanan terbakar dan merosakkan infrastruktur, rumah dan bangunan komersial lain / Foto Reuters

KIEV, 5 Mei - Serangan Rusia ke atas wilayah Kharkiv dan Dnipro di Ukraine serta bandar pelabuhan Laut Hitam Odesa membunuh sekurang-kurangnya dua orang awam, menyebabkan sebuah kilang makanan terbakar dan merosakkan infrastruktur, rumah dan bangunan komersial lain pada Sabtu.

Presiden Volodymyr Zelenskiy berkata, Rusia telah menggunakan lapan peluru berpandu pelbagai jenis dan hampir 70 bom udara terhadap komuniti dan barisan hadapan selepas tentera udara Ukraine menembak jatuh 13 dron Shahed yang menyasarkan wilayah itu.

Zelenskiy berkata Moscow tidak mahukan keamanan. "Rusia hanya boleh dipaksa meninggalkan Ukraine sahaja," katanya menerusi ucapan video. Sidang kemuncak keamanan dunia yang berlangsung di Switzerland pada bulan Jun tanpa Rusia pasti berjayaā€¯, katanya.

Beliau berkata briged jentera ke-110 Ukraine telah menjatuhkan sebuah pesawat pejuang Su-25 Rusia di wilayah timur Donetsk, satu daripada empat kawasan Ukraine Moscow yang telah bergabung.

Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu berkata pada Jumaat bahawa Moscow telah menguasai 547 km persegi (211 batu persegi) wilayah itu, tahun ini.

Serangan peluru berpandu Rusia telah menyebabkan kebakaran premis perniagaan di daerah perindustrian di bandar Kharkiv dan mencederakan enam pekerja.

Di bahagian selatan, gabenor wilayah Odesa, Oleh Kiper berkata tiga orang cedera di bandar itu akibat serangan peluru berpandu tersebut.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN