fb fb fb fb fb

Rusia beri amaran boleh menyasarkan bekalan senjata Barat ke Ukraine

FOTO AFP


MOSCOW, 12 Mac- Rusia hari ini berkata, tenteranya boleh menyasarkan bekalan senjata Barat di Ukraine, di mana tentera Rusia telah mara sejak akhir Februari.

"Kami memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) yang mengatur pembekalan senjata yang dirancang dari beberapa negara bukan hanya satu langkah berbahaya, ia adalah satu langkah yang menjadikan konvoi ini menjadi sasaran yang sah," kata Timbalan Menteri Luar Rusia, Sergei Ryabkov kepada televisyen negara berkenaan.

Katanya, Moscow telah memberi amaran 'mengenai akibat pemindahan senjata ke Ukraine seperti sistem pertahanan udara mudah alih,sistem peluru berpandu antikereta kebal dan sebagainya.

(Seorang askar Ukraine kelihatan berjalan di depan sebuah kereta kebal di wilayah Lugansk/AFP)

Ryabkov berkata, Washington tidak mengambil serius amaran Moscow dan menambah bahawa Rusia dan AS tidak mengadakan sebarang 'proses rundingan' mengenai Ukraine.

Presiden Vladimir Putin menghantar tentera Rusia ke Ukraine pada 24 Februari dan berkata beliau berhasrat untuk 'menamatkan pengaruh Nazi' di negara itu.

Moscow telah dilanda sekatan antarabangsa sejak Putin menghantar tentera. - AFP

Media Baharu