fb fb fb fb fb

Rundingan bantuan kemanusiaan ASEAN ke Myanmar berakhir

PHNOM PENH, 7 Mei - Rundingan mengenai bantuan kemanusiaan ASEAN untuk Myanmar yang berakhir pada Jumaat sepakat mempercepat agihan bantuan kemanusiaan dan vaksin COVID-19 kepada golongan memerlukan, memetik kenyataan ASEAN.


(Rundingan mengenai bantuan kemanusiaan ASEAN untuk Myanmar di Phnom Penh)

Dianjurkan di Phnom Penh, Kemboja, secara hibrid, ia dipengerusikan bersama Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Kemboja Prak Sokhonn, selaku wakil khas pengerusi ASEAN ke Myanmar, dan Lim Jock Hoi, setiausaha agung ASEAN merangkap Penyelaras Bantuan Kemanusiaan ASEAN, lapor Xinhua.

Rundingan itu turut membincangkan kerangka kerja dan cabaran bantuan kemanusiaan serta pentadbiran vaksin COVID-19 di Myanmar.- BERNAMA

Media Baharu