fb fb fb fb fb

Ribut landa pantai Afrika Selatan, 11 individu maut

Keadaan kediaman yang musnah akibat ribut yang melanda di Afrika Selatan/AFP

DURBAN, 5 Jun- Satu kejadian ribut melanda wilayah pantai Afrika Selatan KwaZulu-Natal pada Isnin, membunuh sekurang-kurangnya 11 individu dan memusnahkan kawasan sekitarnya, kata pegawai tempatan.

Rakaman dron yang diambil pada Selasa di bandar Tongaat di Afrika Selatan menunjukkan penduduk mengasingkan serpihan yang bertaburan di sekitar rumah mereka yang rosak, serta cuba menyelamatkan barang-barang yang masih boleh digunakan.

Perdana Menteri KwaZulu-Natal, Nomusa Dube-Ncube, berkata jumlah kematian mungkin meningkat daripada 11 yang dilaporkan terbunuh setakat ini.

Trevor Freemantle, yang memandu di kawasan itu, merakamkan awan gelap berputar di atas pinggir bandar La Mercy berhampiran Durban.

"Ia seakan-akan adegan dalam filem," katanya kepada Reuters.

"Selepas ia berlalu saya perhatikan banyak kenderaan rosak akibat ribut berkenaan selain keadaannya tunggang-langgang."- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI