fb fb fb fb fb

Reformasi ekonomi Nigeria diteruskan meskipun berdepan kesukaran

Presiden Nigeria, Bola Tinubu/Foto Reuters

ABUJA, 13 Jun- Presiden Nigeria, Bola Tinubu berkata reformasi ekonomi negara berkenaan akan tetap diteruskan meskipun berdepan kesukaran disebalik meningkatnya kemarahan rakyat.

Tinubu turut berjanji akan membawa rang undang-undang eksekutif ke parlimen berhubung penetapan gaji minimum baharu.

Tinubu yang berkuasa pada tahun lalu menghapuskan subsidi petrol yang dipraktikan sebelum ini menyebabkan harga bahan api tersebut berada dalam keadaan rendah mengakibatkan nilai mata wang berada di paras rendah.

Situasi berkenaan telah menyebabkan lonjakan inflasi negara itu kepada 33.69 peratus pada April yang merupakan paras tertinggi dalam tempoh tiga dekad sekali gus menghakis pendapatan negara.

Dalam satu siaran di televisyen sempena Hari Demokrasi, Tinubu mengakui kesukaran yang dihadapi rakyat berhubung pembaharuan yang dilaksanakan termasuk penghapusan sebahagian subsidi elektrik dan kenaikan kadar faedah.

Tinubu berkata tindakan yang dilakukan kerajaan pimpinannya adalah untuk mewujudkan asas ekonomi yang lebih kukuh untuk pertumbuhan masa depan.

"Ekonomi kita berada dalam keadaan genting dan memerlukan pembaharuan selama beberapa dekad.

"Ekonomi negara berada dalam keadaan tidak seimbang dan asasnya dibentuk terlalu bergantung kepada eksploitasi sumber minyak", kata Tinubu.

"Sementara kita meneruskan reformasi ekonomi, saya akan turut mengambil kira pandangan rakyat dan saya sesekali tidak mengabaikannya", tambah Tinubu.

Nigeria kini bergelut dengan krisis kos sara hidup terburuk dalam beberapa dekad dan kesatuan sekerja minggu lalu menangguhkan mogok untuk menekan kerajaan bersetuju dengan gaji minimum bulanan baharu.

Kerajaan telah menawarkan untuk menggandakan gaji minimum kepada 62,000 Naira atau (AS$41.89) sebulan terhadap tuntutan buruh sebanyak 250,000 Naira.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD