fb fb fb fb fb

Puluhan cedera dalam letupan depoh bahan api di Guinea

Letupan yang disusuli dengan kebakaran itu berlaku sejurus selepas tengah malam di daerah pentadbiran dan perniagaan Kaloum / Foto Atlas News

CONAKRY, 18 Disember - Satu letupan di depoh bahan api telah menggegarkan ibu negara Guinea, Conakry pada Isnin dan mencederakan berpuluh-puluh orang, menurut seorang doktor dan penduduk tempatan.

“Berpuluh-puluh orang yang cedera telah tiba di dua hospital utama Conakry, Ignace Deen dan Donka,” kata pakar bedah di hospital Donka, Mamadouba Sylla kepada AFP.

Letupan yang disusuli dengan kebakaran itu berlaku sejurus selepas tengah malam di daerah pentadbiran dan perniagaan Kaloum, berhampiran pelabuhan, menurut media tempatan dan penduduk yang dihubungi AFP.

"Kaloum terbakar. Kawasan pelabuhan keseluruhannya dihalang oleh polis, dan anggota bomba bergegas ke arah (tapak) bencana," kata salah seorang penduduk tempatan,Thierno Diallo kepada AFP melalui telefon.

“Bekalan kuasa terputus sepenuhnya di kawasan itu,” kata Diallo.

Menurut saksi, berpuluh-puluh kenderaan pasukan keselamatan dan perubatan telah tiba ke kawasan tersebut, namun pihak berkuasa Guinea tidak segera mengulas mengenai situasi tersebut.-AFP

 

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN