BUENOS AIRES, 24 Mei - Presiden Argentina Alberto Fernandez dan wanita pertama membayar denda tiga juta peso (kira-kira AS$24,000) dalam bentuk derma amal, sebagai balasan untuk prosiding undang-undang terhadap mereka kerana melanggar SOP pencegahan COVID-19, digugurkan.
Hakim persekutuan meluluskan cadangan "pampasan ekonomi" presiden yang menetapkan Fernandez membayar 1.6 juta peso kepada institut penyelidikan vaksin berprestij, Institut Malbran.
Tawaran pasangannya, Fabiola Yanez menyumbang derma sebanyak 1.4 juta, turut diluluskan.
Pendakwa raya membuka penyiasatan tahun lalu berhubung pelanggaran protokol kesihatan, selepas bocor gambar yang menunjukkan majlis makan malam sambutan hari jadi wanita pertama yang dihoskan pada Julai 2020 di Quinta de Olivos, kediaman rasmi presiden di pinggir bandar di sini.
Pada masa itu, Buenos Aires tertakluk pada penutupan ketat COVID-19, dengan larangan dikuatkuaskaan terhadap semua perhimpunan walaupun untuk pengebumian.
(Presiden Argentina Alberto Fernandez/AFP)
Fernandez yang meruapakan seorang profesor undang-undang jenayah, berasa kesal dan merayu bahawa ia "bukan perbuatan berniat jahat, tetapi melulu dan kecuaian," memanggilnya sebagai "kesilapan, terbabas" dalam konteks "pusing pengurusan pandemik."
Pendakwaraya secara simbolik menetapkan ganti rugi dalam bentuk kos mesin pernafasan dan menghabiskan mada dalam bilik unit rawatan rapi (ICU).
Menurut beberapa media tempatan, ketua negara berusia 63 tahun itu perlu membuat pinjaman bank untuk membayar denda.
Penerbitan foto majlis makan malam itu, dengan sedozen tetamu, telah mencetuskan banyak kritikan di negara yang dilanda pandemik itu, dan mendapat teguran daripada parti Fernandez sendiri dan juga pembangkang. -AFP