fb fb fb fb fb

PM Nepal hilang majoriti

Perdana Menteri Nepal, Puspha Kamal Dahal berdepan undi tidak percaya dalam tempoh 30 hari/ Foto REUTERS

KATHMANDU, 4 Julai-Perdana Menteri Nepal, Pushpa Kamal Dahal hilang majoriti dalam kerajaan pimpinannya pada Rabu selepas rakan parti gabungannya menarik sokongan terhadap Dahal sekali gus mencetuskan ketidaktentuan politik di negara berkenaan.

Dahal bakal berdepan undi tidak percaya di parlimen dalam tempoh 30 hari.

Dahal 69 tahun merupakan bekas pemberontak gerila Maoist telah menjawat jawatan Perdana Menteri sejak Disember 2022.

Empat bulan yang lalu, Dahal telah menyingkirkan sekutu lama dan kembali menjalinkan semula hubungan dengan Parti Komunis Nepal-Marxist Lenin Bersatu (CPN-UML), namun hubungan itu tidak bertahan lama.

"Kesemua Menteri telah meletakkan jawatan. Kami telah menarik balik sokongan dan telah memaklumkan perkara ini terhadap Perdana Menteri", kata Ketua jurucakap CPN-UML,Mahesh Bartaula kepada AFP.

Perselisihan pandangan dengan kepimpinan utama membuka jalan buat Pengerusi CPN-UML,KP Sharma Oli bagi mengadakan rundingan dan kesepakatan bersama Ketua Parti Pembangkang Nepal (NC), Sher Bahadur pada Selasa.

Setiausaha NC, Krishna Prasad Poudel mengumumkan butiran rundingan pada Rabu selepas mesyuarat oleh kedua-dua pemimpin.

"Mesyuarat berkenaan adalah untuk melaksanakan perjanjian buat Pengerusi CPN-UML,KP Sharma Oli untuk mengetuai kerajaan konsensus nasional baharu sebelum Presiden Kongres Nepal Sher Bahadur Deuba untuk memimpin negara berkenaan", kata satu kenyataan.

Kumpulan pemberontak Maoist telah memainkan peranan penting dalam politik Nepal untuk tempoh lebih dari 20 tahun selepas melancarkan pemberontakan selama sedekad terhadap tentera kerajaan yang meragut lebih 16,000 nyawa.

Perang saudara tersebut berakhir dalam perjanjian damai 2006, yang menyaksikan pemimpin pemberontak, Dahal menjadi Perdana Menteri pertama Nepal selepas perang.

Tiga parti utama, Maois, CPN-UML, dan NC sejak itu telah memonopoli politik Nepal dan membentuk pelbagai gabungan di antara satu sama lain.

Pilihan raya umum Nepal akan datang akan diadakan pada 2027.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD