fb fb fb fb fb

Pintu sempadan antarabangsa Jepun terus ditutup kepada warga asing sehingga penghujung Februari

TOKYO,11 Januari - Pintu sempadan antarabangsa Jepun akan terus ditutup kepada warga asing sehingga penghujung bulan depan.

Langkah berkenaan diambil berikutan negara matahari terbit itu menyaksikan peningkatan ketara kes COVID-19.

Perdana Menteri Fumio Kishida berkata; kawalan sempadan yang ketat akan membantu Jepun mengawal penularan varian Omicron.

Pada masa yang sama Kishida berkata pihak berkuasa akan melaksankan kempen dos penggalak besar-besaran.

Kerajaan akan membuka semua pusat vaksin yang akan dikendalikan oleh pasukan tentera dan meminta pihak berkuasa tempatan turut melakukan perkara yang sama.

Jepun telah mengenakan kawalan sempadan yang ketat seperti kuarantin dan ujian saringan berkala terhadap mana-mana individu memasuki negara itu.

Walaupun dengan pelbagai usaha, ancaman Omicron tidak mampu ditepis apabila kes COVID-19 meningkat.

Media Baharu