fb fb fb fb fb

Pesawat bawa Naib Presiden Malawi disahkan terhempas, semua terkorban

Saulos Chilima/AFP

LILONGWE, 11 Jun- Naib Presiden Malawi, Saulos Chilima dan sembilan yang lain terkorban selepas pesawat tentera yang dinaiki mereka terhempas di kawasan hutan dekat selatan bandar Mzuzu.

Berita mengenainya disahkan oleh Presiden Lazarus Chakwera dalam satu sidang media hari ini.

"Pasukan mencari dan menyelamat telah menemukan (bangkai) pesawat itu... (tetapi) musnah sepenuhnya, tanpa ada yang terselamat.

"Tiada kata dapat mengambarkan betapa kejadian ini sangat memilukan," kata Chakwera sambil menyifatkan nahas itu sebagai tragedi yang dahsyat.

Gambar yang dikongsi kepada AFP menunjukkan anggota tentera berdiri di cerun berkabus berhampiran serpihan pesawat dengan nombor pendaftaran "Air Wing Dornier 228-202K Tentera Malawi."

Kumpulan itu dilapor berlepas pada pukul 9.00 pagi semalam dari ibu kota, Lilongwe untuk menghadiri pengebumian seorang bekas menteri kabinet di bandar Mzuzu.

Difahamkan, bekas wanita pertama Malawi, Shanil Dzimbiri turut berada dalam pesawat berkenaan. -AFP

 

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA