fb fb fb fb fb

Pesawat berlanggar di Tokyo, lima disahkan maut

FOTO AFP

TOKYO, 3 Januari- Lima anak kapal Pengawal Pantai Jepun terbunuh apabila pesawat yang mereka naiki berlanggar dengan pesawat Japan Airlines di Lapangan Terbang Haneda Tokyo, semalam.

Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan, Tetsuo Saito mengesahkan kesemua 379 penumpang dan anak kapal dalam Japan Airlines yang terbakar berjaya dipindahkan dengan selamat.

"Tetapi lima daripada enam anak kapal dalam pesawat lebih kecil itu (pesawat pengawal pantai) yang menuju ke tengah Jepun selepas gempa bumi besar pada Isnin lalu disahkan meninggal dunia," kata Saito.

Seorang yang selamat adalah kapten pesawat yang berjaya menyelamatkan diri, namun dilapor mengalami kecederaan.

Pesawat pengawal pantai itu membawa barangan bantuan untuk kawasan yang dilanda gempa bumi di Wilayah Niigata selepas beberapa siri gegaran sehingga 7.6 magnitud melanda tengah Jepun pada petang Isnin lalu.

"(Ketika ini) kami tidak di peringkat untuk menjelaskan punca kemalangan tersebut," tambah Sato.

Akibat pelanggaran berkenaan semua landasan di Lapangan Terbang Haneda kini ditutup. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA