fb fb fb fb fb

Perhimpunan Agung PBB sedia sokong Palestin sebagai negara anggota

Foto Reuters

NEW YORK, 10 Mei - Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) hari ini bersedia menyokong usaha Palestin untuk menjadi anggota penuh.

Ini selepas badan dunia itu mengiktirafnya layak untuk menyertai dan menghantar semula permohonan kepada Majlis Keselamatan PBB untuk dipertimbangkan semula.

Usaha Palestin untuk menjadi anggota penuh PBB merupakan satu langkah yang akan mengiktiraf negara Palestin secara berkesan selepas Amerika Syarikat memvetonya menerusi 15 anggota Majlis Keselamatan PBB bulan lepas.

Undian oleh 193 anggota Perhimpunan Agung hari ini akan bertindak sebagai tinjauan global mengenai sokongan terhadap Palestin.

Permohonan untuk menjadi anggota penuh PBB terlebih dahulu perlu diluluskan oleh Majlis Keselamatan dan kemudian ke Perhimpunan Agung.

Walaupun Perhimpunan Agung sahaja tidak dapat memberikan keanggotaan penuh PBB, draf resolusi yang akan diundi hari ini akan memberikan Palestin beberapa hak dan keistimewaan tambahan mulai September 2024 seperti kerusi di kalangan anggota PBB di dewan perhimpunan namun ia tidak akan diberi undi dalam badan dunia itu.

Diplomat berkata draf teks itu mungkin mendapat sokongan yang diperlukan untuk diterima pakai.

Ketika ini, Palestin memegang status negara pemerhati tetap, status yang diberikan oleh Perhimpunan Agung PBB pada tahun 2012.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN