fb fb fb fb fb

Perbincangan isu Korea Utara lancar peluru berpandu balistik, dijangka esok

WASHINGTON, 10 Mei- Majlis Keselamatan PBB dijangka bersidang esok bagi membincangkan tindakan Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik Sabtu lalu.

Mesyuarat diadakan atas permintaan Amerika Syarikat.

Duta Amerika ke PBB, Linda Thomas-Greenfield berkata Washington mahu Majlis Keselamatan mengadakan undian pada bulan ini untuk mengenakan sekatan tambahan ke atas Pyongyang.

(FOTO BERNAMA)

Amerika turut menjangkakan Korea Utara telah bersedia untuk menjalankan ujian nuklear seawal-awalnya bulan ini.

PBB mula mengenakan sekatan ke atas Pyongyang pada tahun 2006. - REUTERS

Media Baharu