fb fb fb fb fb

Perancis akan latih 2,000 tentera Ukraine

(Foto fail/AFP)

PARIS, 16 Oktober- Perancis akan melatih 2,000 tentera Ukraine di negara itu.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Pertahanan, Sebastien Lecornu dalam temubual dengan akhbar Le Parisien.

"Tentera akan dibawa ke unit kami selama beberapa minggu, bahawa akan ada tiga peringkat latihan: pertempuran am, keperluan khusus yang digariskan oleh Ukraine seperti logistik" dan latihan tentang cara menggunakan peralatan pertahanan yang disediakan oleh sekutu Barat Ukraine", katanya.


(Menteri Pertahanan Perancis, Sebastien Lecornu/AFP)

Beliau berkata latihan tersebut akan dilaksanakan dengan mematuhi peraturan dan mereka membantu negara yang sedang berperang dengan Rusia.

Perancis juga akan membekalkan Ukraine dengan sistem pertahanan udara Crotale, selain enam unit kenderaan perisai Caesar, tambahan daripada 18 unit yang diberikan sebelum ini.

Caesar boleh menyerang sasaran dengan tepat pada jarak lebih daripada 40 kilometer (25 batu).

Paris juga merancang untuk membekalkan peluru berpandu "surface-to-surface".

Terdahulu, Presiden Perancis Emmanuel Macron berkata Paris akan menghantar radar, sistem dan peluru berpandu ke Ukraine.- AFP

Media Baharu