fb fb fb fb fb

Penyeludupan syabu, heroin dari Myanmar ke Thailand melonjak

Anggota Lembaga Kawalan Narkotik mengawal kotak-kotak dadah yang dirampas/foto Reuters

BANGKOK, 2 Oktober - Thailand menyaksikan lonjakan penyeludupan dadah haram dari negara jiran Myanmar, dan rampasan besar dadah jenis 'methamphetamine' atau syabu dan heroin ekoran perang saudara yang berlaku di negara itu.

Timbalan Setiausaha Agung di Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik, (ONCB) Apikit Ch.Rojprasert berkata, wilayah di bahagian utara kekal menjadi laluan penyeludupan ke Thailand.

Para pengedar melalui jalan pergunungan atau sungai Mekong untuk membawa masuk tablet 'methamphetamine' dan meth kristal, juga dikenali sebagai 'ice'.

Menurut pihak berkuasa Thailand, rangkaian jenayah terancang telah berkomplot dengan militia dan kumpulan pemberontak untuk menubuhkan "makmal super" di negeri Shan dan Kachin di Myanmar.

"Oleh kerana konflik bersenjata, perdagangan dadah adalah salah satu faktor yang digunakan untuk membiayai pembelian senjata atau membiayai kumpulan berkenaan," kata Apikit dalam wawancara bersama Reuters.

Data ONCB menunjukkan, bagi tempoh Januari hingga Ogos, rampasan tablet 'meth' di wilayah Chiang Mai, Chiang Rai dan Mae Hong Son meningkat sebanyak 172%, berbanding tahun lepas.

Manakala, rampasan heroin berjumlah 327 kg, hampir tujuh kali ganda jumlah rampasan pada 2023. - Reuters-

Trainee