fb fb fb fb fb

Penduduk Palestin diserang dengan batu

Foto AFP

NABLUS, 10 Disember- Penduduk Palestin yang memandu di jalan Ramallah-Nablus diserang menggunakan batu oleh penjajah Israel.

Memetik Agensi Berita Palestin (WAFA), sumber berkata tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut.

"Penduduk diserang di Jalan Ramallah-Nablus di luar kampung Luban e-Sharkiya, selatan Nablus di Tebing Barat.

"Serangan oleh peneroka Israel adalah perkara biasa di Palestin," katanya.

Artikel Berkaitan:
Konflik Gaza, lebih 17,000 orang awam terkorban
Puluhan orang awam terkorban dalam serangan udara Israel di Gaza

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM